Back To All

Jan 30, 2026 7PM

Pensijilan halal mandatori Indonesia merangkumi produk kimia, biologi, GMO

Kerajaan Indonesia memaklumkan produk termasuk bahan kimia, biologi dan barangan kejuruteraan genetik (GMO) akan tertakluk kepada pensijilan halal mandatori mulai 17 Oktober depan.


Pengarah Jaminan Produk Halal di Kementerian Hal Ehwal Agama, Muhammad Fuad Nasar berkata, keperluan itu turut melibatkan makanan dan minuman, kosmetik, barangan pengguna serta pembungkusan produk.


“Selain keperluan pentadbiran, dasar ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk membangunkan industri halal sebagai pemacu ekonomi negara,” katanya dipetik Antara News.


Pengukuhan ekonomi umat Islam, khususnya PMKS, merupakan sebahagian daripada lapan misi keutamaan Indonesia dalam meralisasikan halal mandatori 17 Oktober depan


Beliau menjelaskan bahawa di bawah dasar tersebut, Kementerian Hal Ehwal Agama akan mengambil kira kepentingan pihak berkepentingan, Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) akan menguatkuasakan pematuhan halal, manakala Majlis Ulama Indonesia (MUI) bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan produk.


Menurut Nasar, kementerian itu juga giat memperkukuh celik halal dan kesedaran awam melalui pendidikan, penyebaran maklumat, kerjasama serta pembangunan ekosistem halal.


Beliau menambah, kementerian komited memperkasakan ekonomi Islam, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), melalui kerjasama dengan Direktorat Wakaf dan Zakat.


“Pengukuhan ekonomi umat Islam, khususnya PMKS, merupakan sebahagian daripada lapan misi keutamaan kami,” katanya sambil menjelaskan usaha membantu perniagaan mendapatkan sijil halal, termasuk menerusi skim pengisytiharan kendiri.


Kementerian itu juga giat memperkukuh celik halal dan kesedaran awam melalui pendidikan, penyebaran maklumat, kerjasama serta pembangunan ekosistem halal


Nasar berkata, BPJPH melancarkan program Pensijilan Halal Percuma dengan kuota tahunan melebihi satu juta sijil, dengan 60 hingga 70 peratus daripada bajet agensi itu diperuntukkan bagi menyokong PMKS.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

31 Jan 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:08

mosque
imsak

Imsak

06:08:00

fajr

Fajr

06:18:00

syuruk

Syuruk

07:26:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:51:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:40:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase